Ketua Pengarah RELA Malaysia lawat PPV Putatan dan Penampang

PUTATAN, 21 Jun 2021: Proses pemberian Vaksin Covid-19 di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sri Putatan dan Dewan Kebudayaan Penampang berjalan lancar dan mendapat sambutan positif dalam kalangan masyarakat Putatan dan Penampang.

Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan (RELA) Malaysia, KPjR Tuan Yahya Sulaiman telah hadir membuat tinjauan dan pemantauan di kedua-dua PPV di Daerah Penampang dan Daerah Putatan.

Objektif utama pemantauan ini dilakukan bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat lagi mengenai proses pemberian vaksin Covid-19 kepada masyarakat di kedua-dua PPV di Daerah Penampang dan Daerah Putatan berjalan dengan lancar.

Hasil pemantauan juga mendapati, masyarakat di Penampang dan Putatan memberikan respon yang positif terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sesi taklimat ringkas berkaitan proses-proses pemberian vaksin di kedua-dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah diberikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Putatan, Dr Omar Kwang Kugan dan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang, Dr Siti Sarah Darussalam.

Kerjasama rapat antara Polis Daerah Penampang, MKN Sabah, Jabatan RELA Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia dan Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM), di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) merupakan satu kolaborasi penting dalam memastikan kelancaran penugasan agensi masing-masing ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Turut hadir bersama Pengarah Jabatan RELA Sabah, Tuan Mohammad Pauzi Jhumat, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Tuan ACP Shahrir Daud, Penolong Pegawai Daerah Penampang (Pentadbiran), Tuan Mohd Ikram Aidi, Penolong Pegawai Putatan (Pentadbiran), Puan Noemi Dyena John Teren, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim, Penolong Pengarah Seksyen Operasi MKN Sabah, ASP Mohd Nor Azaad Rahman, Pegawai RELA Daerah Penampang, PPjR Melvin Mark Davies dan Pegawai APM Daerah Penampang, Lt. (PA) Nur Azierah Awang.

Sumber Berita: POLIS Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published.