Ketua Menteri terima kunjungan hormat UiTM Sabah
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima kunjungan hormat daripada
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah.
Rombongan kunjungan hormat yang diketuai oleh rektornya, Datuk Prof Madya Dr Abdul Kadir Rosline itu berlangsung di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Dr. Firdausi Sufian, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr Jasmine David, Timbalan Pendaftar, Mohamad Hasimi Abdullah, Timbalan Bendahari, Samsuddin Mohd Amin dan Koordinator Unit Komunikasi Korporat, Farhana Yaakub.
Dalam sesi kunjungan hormat terbabit, Hajiji telah diberi taklimat berhubung operasi dan perjalanan UiTM Sabah oleh Dr Abdul Kadir.
Tamat