Ketua Menteri serah bantuan bakul makanan ke PKPD Kg Bolong Tuaran

Tuaran : Saudara Ghazali Bin DSP Hajiji telah menghantar sejumlah 464 Bantuan Bakul Makanan di PKPD Kg. Bolong Baru dengan penglibatan Armada Bersatu Tuaran dan Pelbagai Agensi didalam PKOB daerah Tuaran seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Tuaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM, MDT, RELA, JPAM dan Pejabat UPPM N12 Sulaman.

Beliau telah mewakili Y.A.B Ketua Menteri Sabah, ADUN N.12 Sulaman menyerahkan sejumlah 278 bantuan bakul makanan kepada JPKK Kg. Bolong Baru En. Asran Sindom manakala sejumlah 186 bakul makanan diserahkan kepada JPKK Kg. Bendung Bolong, En. Ramlan Jimmy untuk diagihkan kepada setiap ketua keluarga penduduk di kawasan PKPD Kg Bolong Baru.

Peranan pihak Kerajaan amat jelas untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik Covid19. Oleh itu, marilah bersama sama kita semai sikap bertanggungjawab didalam diri. Daftar Vaksin di aplikasi Mysejahtera dan terus patuhi SOP agar harapan kita untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid19 dapat dicapai. Kita pasti menang melawan pandemik ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *