Ketua Menteri Sabah umum RM128.98 juta Bantuan Prihatin COVID-19 2.0

KOTA KINABALU: Sebanyak RM128.98 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk pengagihan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk rakyat Sabah yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM97.4 juta bagi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 seorang untuk seramai 324,661 orang.

“Ini terdiri daripada golongan E-Kasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porters, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja.

“Selain itu, peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM31.58 juta diagihkan bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkesan disebabkan arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Terdahulu, sebelum ini kerajaan negeri meluluskan sebanyak RM160 juta Bantuan Prihatin COVID-19 bagi membantu meringankan beban rakyat semua golongan yang terkesan disebabkan pandemik terbabit.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *