Ketua Menteri menyaksikan penyerahan dividen LIGS dan bantuan banjir SESB

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan dividen daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
sebanyak RM1,317,336.00 kepada Kerajaan Negeri di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Dividen itu adalah untuk tahun 2020-2021, diserahkan oleh Pengurus Besar LIGS, Encik Sabdil Tanjong kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, dan turut disaksikan oleh Pengerusi LIGS, Encik Edward Linggu.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyaksikan penyerahan bantuan banjir daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) sebanyak RM100,000.00 kepada Tabung Bencana Negeri Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid menyerahkan sumbangan itu kepada Haji Safar.

Turut hadir ialah Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Awang Shahminan Bin Awang Sahari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.