Ketua Menteri beri penghormatan kepada mendiang Datuk John Stimol

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi penghormatan kepada penyanyi perintis Kadazan, Datuk Justin Stimol yang pemergiannya adalah satu kehilangan besar dalam industri muzik tempatan.

“Sumbangan beliau amat besar sehinggakan beliau bukan sahaja memperkenalkan Sabah kepada dunia tetapi juga mempromosikan lagu-lagu tempatan, khususnya dalam bahasa Kadazan. Pada tahun 1983, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjemput Datuk Justin untuk membuat persembahan di New York sempena Persidangan Antarabangsa Budaya dan Tradisional.

“Pada 2016, Datuk Justin telah dijemput ke Budapest, Hungary untuk menghadiri Ulang Tahun ke-50 Revolution and Freedom Fight 1956 sebagai pengiktirafan terhadap puisi yang ditulisnya bertajuk Kahagaasan atau Kebebasan yang diterjemahkan ke Magyar, bahasa asli Hungary yang diterbitkan dalam Red Book of Gloria Victis 1956,” katanya dalam satu rakaman mesej pada malam penghargaan untuk Stimol.

Hajiji berkata Justin adalah legenda lagu Kadazan yang telah mencipta lagu pertamanya pada usia 16 tahun berjudul ‘Ada Hiivai Piniumpangazan’ yang dinyanyikan oleh kakaknya Evelyn Ebin.

Dilahirkan pada 7 Nov 1938, lagu hit pertama Stimol ‘Maggie’ telah disiarkan oleh RTM pada tahun 1962 diikuti oleh hit lain termasuk Sonsomido dan banyak lagi.

Ketua Menteri berharap aktiviti mengumpul dana untuk membina Galeri Datuk Justin Stimol akan berjaya sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya.

“Dia mungkin sudah tiada tetapi jiwanya terus hidup bersama kita menerusi lagu-lagunya,” katanya.-SBN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *