Kes Jangkitan COVID-19 di Sabah meningkat kepada 1,383 kes pada hari ini

KOTA KINABALU : Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mengumumkan jumlah kes jangkitan COVID-19 sebanyak 19,991 kes pada hari ini berbanding 17,236 kes pada 9 Ogos 2021.

Tambahnya sewaktu kemaskini yang dilakukan di ruangan Facebook hari ini, kes jangkitan Covid-19 di Sabah turut meningkat daripada 1,247 kes kelmarin kepada 1,383 kes pada hari ini.

Walaubagaimanapun, kes kematian yang direkodkan di negara ini telah turun ke angka 201 kes pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.