Kes COVID-19 di Sabah kembali tinggi

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sabah kembali meningkat kepada tiga angka dengan 172 kes baharu direkodkan hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 82 kes.

Katanya, 72 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu dikesan dari Kluster Khidmat membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMAKK).

Menurutnya, sekolah berkenaan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 April hingga 1 Mei 2021.

“Daerah Tawau merekodkan sebanyak 42 kes diikuti Lahad Datu 15 kes dan Putatan enam kes,” katanya dalam ciapan di akaun rasmi Twitternya di sini hari ini.

Beliau berkata, 14 daerah di negeri ini tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.