Kerja pembesaran sungai atasi masalah banjir di DUN Lumadan

BEAUFORT: Kerja-kerja pembesaran serta mendalamkan Sungai Lumadan mampu mengatasi masalah banjir membabitkan enam kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam projek bermula semalam dibawah kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Beaufort memberi kelegaan kepada penduduk kampung yang sering menghadapi masalah banjir.

Katanya, antara kampung tersebut iaitu di Kampung Lumadan; Jaya Baru; Batu 6 ½; Limpotong; Ulu Bukau serta Tamalang Along.

“Projek ini dilaksanakan berikutan permintaan rintihan penduduk yang sering kali terkesan akibat banjir sejak hujung tahun 2020.

“Kita berbincang dengan JPS Beaufort bersama pemimpin masyarakat melawat sungai ini awal tahun lalu untuk mencari penyelesaian serta membuat cadangan untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan,” katanya.

Ruslan berkata, berikutan itu kerja-kerja mendalamkan sungai ini akan menyelesaikan masalah banjir sekali gus mampu menyelamat harta benda ketika banjir melanda. –SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *