Kerajaan negeri Sabah bakal mohon peruntukan dari pusat atas runtuhan tempat letak kereta di Kundasang
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan memohon peruntukan dari kerajaan pusat bagi memperbaiki kawasan letak kereta di Taman Negara Kinabalu Kundsang yang runtuh, semalam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata walaupun ia tidak melibatkan jalan utama Kota Kinabalu ke Ranau namun kesan jangka panjang runtuhan terbabit boleh menjejaskan jalan utama jika tidak diperbaiki dengan kadar segera.
“Kementerian Kerja Raya Sabah akan memohon peruntukan dari kerajaan pusat bagi membaiki runtuhan ini dimana kita akan menyediakan anggaran kos peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan ini sebelum dikemukakan kepada kerajaan pusat,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Bung yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri itu turut berkata kerja pembaikan perlu dilakukan segera kerana kawasan terbabit juga merupakan tempat tumpuan pelancong.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan alternatif di Jalan Bundu Tuhan Kinasaraban di samping turut mengingatkan agar berhati-hati
Mengulas mengenai runtuhan jalan antara Paitan ke Kinabungan membabitkan bangunan Loji Rawatan Air Paitan juga turut ranap meranapkan bangunan Loji Rawatan Air Paitan, Bung menjelaskan Jabatan Kerja Raya akan menggunakan peruntukan kecemasan AP55 untuk memperbaiki jalan tersebut.
“Setakat ini laporan yang saya terima hanya bangunan kuarters loji air menggelongsor akibat runtuhan tersebut sementara bangunan Loji Rawatan Air masih boleh berfungsi,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo berkata pihak jabatan sedang melakukan sisatan dan laporan terperinci berhubung dengan kejadian tersebut.
“Sebaik sahaja kita menerima laporan terperinci, pihak jabatan akan membuat anggaran kos pembaikan dimana Pusat Rawatan Air Paitan ini adalah dibawah konsesi syarikat yang diberikan tanggungjawab untuk mengendalikannyaโ katanya.
Tamat