Kerajaan negeri menyasarkan menanam kira-kira 36 juta pokok,

KOTA KINABALU: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah merasmikan Persidangan Antarabangsa Perubahan Iklim Sabah 2021 yang akan diadakan selama dua hari secara hybrid yang diadakan di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort serta melalui Zoom dan YouTube anjuran bersama oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) bersama PETRONAS sebagai penaja utama

“Persidangan ini tepat pada masanya kerana kesan perubahan iklim seperti peningkatan suhu, kemarau yang teruk, kebakaran dan jerebu, kekerapan hujan lebat dan ribut hingga menyebabkan banjir serta ancaman terhadap keselamatan makanan kini semakin dirasai secara global.

“Sebagai komitmen bagi mengurangkan kesan perubahan iklim, kerajaan negeri menyasarkan untuk menanam kira-kira 36 juta pokok, sebahagian daripada Program Penghijauan Malaysia seluruh negara dan setakat ini hampir 4.5 juta pokok telah pun ditanam di seluruh negeri.

“Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Majlis Tindakan Perubahan Iklim di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Sabah untuk membincangkan dasar dan tindakan perubahan iklim, memacu pertumbuhan ekonomi hijau, memangkin teknologi hijau serta pertumbuhan rendah karbon.

“Saya berharap persidangan ini akan meningkatkan kerjasama dalam kalanganpihak berkepentingan untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam kedua-dua agenda iaitu perubahan iklim dan pemuliharaan.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak penganjur yang terlibat, serta ucapan setinggi terima kasih kepada PETRONAS yang menjadi penaja utama bagi program yang cukup penting ini.Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri,YB Datuk Jafry Arifin, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Ketua Penasihat Kerajaan dan Pengawal Selia PETRONAS, Anuar Ismail, Pengarah SEARRP, Datuk Dr Glen Reynolds dan Penasihat Teknikal kepada Ketua Menteri Berkaitan Perubahan Iklim, Datuk Darrel Webber,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *