Kemudahan infrastruktur harus dipertingkatkan – Joachim
Lahad Datu: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Lahad Datu serta satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Juraimin Hj. Jadil.
Sementara itu, Dr. Joachim dalam ucapannya berkata, tujuan perjumpaan ini diadakan antara lainya adalah bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) secara khususnya.
“Jalinan kerjasama perlu wujud diantara pihak Pejabat Daerah Lahad Datu (pihak berkuasa tempatan) dengan POIC”, kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.
“Kemudahan infrastruktur juga harus dipertingkatkan demi menarik pelabur asing. Oleh yang demikian, POIC perlu dilihat secara lebih terperinci. Ini akan menjadi pemangkin masa hadapan di mana dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di Lahad Datu.
“Diharap dalam masa terdekat ini, naiktaraf kemudahan infrastruktur POIC iaitu jalan raya fasa satu dan dua sepanjang 11 kilometer akan dilaksanakan, demikian juga dengan kemudahan lain”, jelas Dr. Joachim.
Perjumpaan ini dihadiri oleh ketua-ketua agensi kerajaan seperti Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Pejabat Daerah Lahad Datu (Pihak Berkuasa Tempatan). Turut hadir sama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Thomas Logijin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) POIC Gwendolen Vu dan pegawai kementerian lain.