Kemasukan individu bersenjata, kawalan keselamatan diperketat – Polis Sabah

PUTATAN : Kawalan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengambil berat isu keselamatan Sabah dan akan terus membuat siasatan lanjut akan kes sekumpulan 10 orang individu berpakaian celoreng yang dilaporkan memiliki senjata di Lahad Datu.

Dakwaan ini mendapat perhatian Polis Di Raja Malaysia (PDRM) apabila dimaklumkan yang didakwa telah memasuki negeri Sabah melalui Kampung Long Patau, Tambisan, Lahad Datu pada minggu lalu dan disyaki berbahasa Suluk.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menjelaskan bahawa masih belum ada petunjuk yang ditemukan sepanjang siasatan dijalankan namun Polis Sabah akan terus menjalankan pemantauan dan siasatan akan dakwaan tersebut.

ESSCOM dan agensi – agensi keselamatan yang lain juga turut meneruskan pemantauan keselamatan dan aktiviti risikan bagi mengawal isu pencerobohan negeri yang akan mengancam keselamatan negeri ini.

Jauteh yang hadir sama dalam Program Op Selamat 17 Sempena Tahun Baharu Cina di Meruntum memberitahu bahawa laporan dakwaan yang diterima diambil serius dan langkah pengawalan rapi sedang diusahakan bersama – sama pihak terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *