Kem Tentera Lok Kawi jadi Pusat PPV Suntikan Vaksinasi Secara Pandu Lalu

Dalam lawatan kerja YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob Menteri kanan Pertahanan ke Sabah semalam, Beliau telah meninjau proses vaksinasi di Kem Kok Kawi yang juga merupakan lokasi ketiga program vaksinasi pandu lalu ATM.

Berdasarkan kejayaan projek perintis tempohari yang dilaksanakan di Kem Perdana Sg Besi dan Kem Muara Tuang, Sarawak, Kementerian Pertahanan akan meneruskan program ini. ATM juga akan membantu terutama di kawasan pedalaman yang sukar menerima bantuan.

Program vaksinasi ATM bukan sahaja untuk anggota ATM & keluarga serta staff awam, namun akan diperluaskan kepada anggota veteran, isteri & akan diperluaskan kepada orang awam.

Hasil daripada strategi ini adalah satu petunjuk yang baik ATM mampu mambantu kita mempercepatkan program imunisasi kebangsaan. Matlamat saya dan ATM akan terus memberi sokongan untuk kebaikan kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *