KDNHEP Tawau pergiat pemantauan harga barang
TAWAU: Dua pasukan Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Tawau seramai 6 orang telah menjalankan pemeriksaan pematuhan Penetapan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, serta pemeriksaan harga & bekalan barangan keperluan asas dan Ops ATM di pasar tamu Sabindo, Tawau dan premis-premis perniagaan sekitar Jalan Utara, Hilltop, Tawau dan sepasukan pegawai penguatkuasa seramai 2 orang menjalankan pemantauan Ops Benteng di kawasan jeti CIQ Lama, Tawau pada hari ini.
Hasil pemeriksaan mendapati peniaga-peniaga mematuhi undang-undang yang dikuat kuasakan oleh KPDNHEP khasnya penandaan harga yang jelas serta alat timbang dan sukat yang digunakan telah ditentusahkan untuk tujuan kegunaan perdagangan.
Sebanyak 18 Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) telah dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang telah diperiksa pada hari ini.