Jumlah mangsa banjir menurun di Sabah

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun ketara kepada 281 mangsa daripada 62 keluarga di tiga daerah berbanding 3,275 mangsa banjir sebelumnya.

Terdapat 183 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di enam PPS Telupid manakala, di Paitan, seramai 54 orang mangsa daripada 10 keluarga masih berada di dua PPS dan di Sandakan, 45 mangsa daripada tujuh keluarga berada di sebuah PPS.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam, setakat 5 petang tadi, 14 Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah ditutup dan 3 daerah yang masih dilanda banjir adalah Paitan, Telupid dan Sandakan.

Penutupan PPS di Kota Marudu dan Pitas turut dilakukan secara berperingkat pada pukul 12.30 tengah hari dan 1 petang tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.