JKR serah projek siap pembinaan semula & menaiktaraf sekolah daif di Kota Belud

KOTA BELUD – 9 march 2022, Majlis Penyerahan Projek Siap bagi Projek Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah-Sekolah Daif di Kota Belud diadakan di JKR Kota Belud, hari ini.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka, JKR Kota Belud itu menyaksikan Sesi Menandatangani Surat Penyerahan Sekolah antara Guru-Guru Besar dan Jabatan Kerja Raya Sabah sebelum menyerahkan kunci sekolah kepada Guru Besar SK Tempasuk 2, Encik Salaman bin Arin, Guru Besar SK Terintidon, Encik Bantason bin Sinua, Guru Besar SK Pituru, Puan Masniah Hj Undang, Guru Besar SK Ulu Kukut, Encik Norawi bin Hj Katah, Guru Besar SK Ambong, Puan Ramlah @ Sabariah bt Ramlee dan Guru Besar SK Podos, Encik Alam bin Atoh.

Penyampaian cendera kenangan turut diberikan kepada wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Encik Junaiddi dan Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Encik Peter Jiton.

Puan Ir. Jamilah Tukang selaku Jurutera Bahagian JKR Kota Belud(kawasan pantai barat utara) juga menyampaikan cendera kenangan kepada Timbalan Pengarah Sektor Bangunan,Tuan Hj. Kamaluddin Hj. Ag Abas, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Arkitek, Tuan Ar. Victor Chong Ket Vui, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Tuan Andrew Durat Misun dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ukur Bahan,Puan Sr. Judith @ Jenny Lupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.