Jahid terima kunjungan hormat rombongan PPD Tuaran

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim telah menerima kunjungan hormat dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran, hari ini.

Pertemuan terbabit yang membabitkan rombongan PPD seramai lapan orang itu diketuai Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Wanihim Othman diadakan bertempat di bilik mesyuarat KPLBS, Kota Kinabalu.

Dalam pertemuan itu juga, Wanihim memberi taklimat mengenai PPD Tuaran berkenaan matlamat, pencapaian serta permasalahan yang dihadapi di samping turut memberi peneranganprogram yang akan dihadirinya esok (Khamis), di Mengkabong.

Menurut Wanihim, pihaknya sangat berbesar hati sekiranya Jahid dapat meluangkan masa untuk melawat ke PPD Tuaran pada masa akan datang untuk menyaksikan sendiri keadaan pejabat mereka

Turut hadir dalam pertemuan itu,Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan Daerah Rozalind Joannes, Kaunselor Pendidikan Daerah, Alan Alin, Ketua Sektor Penilaian Dan Pentaksiran, Rosita Matsaidi, Ketua Sektor Pengurusan, Madzlan Othmar, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, Stanley T Missun dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerahย Sektor Perancangan Daerah, Amly Ali Amat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *