Isteri Ketua Menteri melawat mangsa banjir di Tuaran
TUARAN: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag telah melawat mangsa banji pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran, di sini, semalam.
Dalam lawatan terbabit, beliau turut menyampaikan bantuan berbentuk bakul makanan dan keperluan asas kepada semua mangsa banjir di PPS terbabit.
Julia diiringi Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain, Ketua Polis Daerah, DSP Mohd Hamizi Halim, Pegawai Pembangunan Masyarakat Sulaman, Murneh Lamsari, Pegawai Kebajikan Masyarakat Tuaran, Jani Lani, Ketua Srikandi BERSATU Tuaran, Jamaliah Antalip dan Ketua Armada Bahagian Tuaran, Ghazali Haji Hajiji.
Setakat ini, PPS SK Pekan Tuaran menempatkan seramai 77 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 16 keluarga dari 5 buah kampung berdekatan yang dilanda bencana banjir.
Tamat