Hasil desakan Kerajaan negeri, Sabah bakal terima 2.2 juta dos vaksin

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyatakan bahawa negeri Sabah bakal menerima 2.2 juta dos vaksin bagi meningkatkan jumlah penerima vaksin.

Bekalan Vaksin tersebut tiba melalui dua kumpulan, kumpulan pertama tiba dengan jumlah bekalan dos sebanyak satu juta pada bulan ini dan kumpulan kedua sampai sebanyak 1.2 juta pada bulan hadapan.

Ketua menteri juga mahu program pemberian vaksin seperti (mobile outreach) bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Kita tahu di luar bandar mereka tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dan menerusi program ‘mobile outreach’, suntikan vaksin akan diberikan kepada mereka jika datang ke program berkenaan.

“Justeru, dengan penambahan vaksin pada bulan ini dan bulan depan, sudah pasti membantu meningkatkan jumlah penduduk yang menerima vaksin di negeri ini,” katanya selepas sesi penyampaian bantuan kepada Persatuan Malim Gunung Kinabalu (PEMANGKINA) di Dewan Kinabalu, Taman Kinabalu, pada khamis lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *