Hanya satu daerah di Pantai Timur Sabah masih berada di zon merah

KOTA KINABALU : Jurucakap rasmi Covid-19 negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun menjelaskan bahawa sebanyak 13 daerah di Sabah sudah beralih daripada zon merah setakat ini.

Daerah-daerah tersebut adalah Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan, Pitas, Telulid, Kalabakan dan Kunak yang telah beralih ke zon kuning manakala 6 daerah lagi iaitu Tawau, Kudat, Beluran, Nabawan, Sipitang dan Tongod beralih ke zon jingga.

Berbaki 14 daerah lain di negeri ini masih berada di zon merah dan hanya satu daerah lagi di Pantai Timur Sabah iaitu Sandakan yang masih berada di zon tersebut.

Menurutnya lagi, sebanyak 127 kes baharu COVID-19 direkodkan kelmarin tanpa ada kes kematian baharu dilaporkan.

Namun demikian, terdapat satu kluster baharu yang wujud daripada sebuah kapal luar pesisir di Sabah iaitu Kluster Bahtera Kinabalu itu membabitkan kakitangan kapal MV Orbit Petra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *