Hajiji: Wanita menjadi tonggak kepada pembangunan masyarakat dan negara

KOTA KINABALU: Kemajuan dan kejayaan dapat dicapai melalui kesaksamaan bersama bagi memastikan potensi wanita dapat dioptimumkan kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor sempenan Hari Wanita Antarabangsa.

“Peranan wanita bukan sahaja sebagai tulang belakang keluarga namun mereka juga mempunyai sumbangan yang besar serta menjadi tonggak kepada pembangunan masyarakat dan negara.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa kepada semua wanita di luar sana.Semoga terus bersemangat untuk menerajui kemajuan demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara,” katanya lagi dalam status laman muka buku rasmi beliau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *