Hajiji: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), “Peluang Tajaan Untuk Semua”.

KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), salah satu inisiatif dalam Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah (YS) 2015-2023 bagi mengumpul dana untuk membuka lebih banyak peluang tajaan kepada anak-anak Sabah.

Sehingga kini, jumlah dana TPNS yang terkumpul adalah sebanyak RM54.5 juta, sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sabah, Benta Wawasan Sdn. Bhd, Sabah Softwoods Berhad, Innoprise Plantations Berhad, Yayasan Lau Gek Poh, Ikatan Kayangan Sdn. Bhd. dan Usahawan Borneo Group.

“Saya menyeru semua pihak termasuk syarikat-syarikat besar yang beroperasi dan meraih keuntungan di negeri ini, agar dapat tampil memberi sumbangan bagi membolehkan TPNS mengumpul dana yang diperlukan.

“Insya-Allah, tabung ini akan memberi peluang kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di dalam ataupun luar negara sekali gus melahirkan lebih ramai yang berpelajaran dan berdaya saing,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *