Hajiji serah 158 lembu korban sempena Aidiladha

TUARAN: Sebanyak 158 ekor lembu korban diserahkan kepada seramai 51 wakil masjid dan surau di sekitar Tuaran sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada Ahad ini.

Majlis penyerahan lembu korban disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di pekarangan Masjid Haji Noor di Kampung Serusup dekat sini, pada Jumaat.

Hajiji turut menyampaikan lembu korban kepada wakil pasukan keselamatan di negeri ini iaitu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan; Kem Lok Kawi; Akademi Bomba dan Penyelamat Tuaran; Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar; Ibu Pejabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah dan Balai Polis Tuaran.

Bercakap kepada media, Hajiji berkata lebih 150 lembu korban itu akan diserahkan kepada beberapa pasukan dan kampung di daerah Tuaran selain kepada pasukan serta agensi keselamatan di negeri ini seperti di IPK dan TLDM, sempena sambutan Aidiladha pada tahun ini.

โ€œSelebihnya (lembu) itu akan diagihkan kepada masjid dan surau di daerah Tuaran termasuk di kawasan saya sendiri di DUN (Dewan Undangan Negeri) Sulaman.

โ€œIbadah korban ini mempunyai sejarah dan signifikan kepada penganut agama Islam untuk kita berkorban dan membantu mereka yang kurang berkemampuan,โ€ katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di negeri ini khususnya di Tuaran dan DUN Sulaman.

โ€œSaya berharap sambutan Aidladha ini kita rayakan secara sederhana tapi yang penting kita dapat menghayati nilai-nilai hari raya korban yang dtuntut oleh kita sebagai umat
Islam,โ€ katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Tuaran, Syahrin Samsir. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *