Hajiji masih mendapat sokongan PBS dan tujuh ADUN
KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor masih mendapat sokongan daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) bersama – sama tujuh Ahli Undangan Negeri (ADUN) dalam mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Sabah.
PBS dan ADUN parti tersebut turut menyokong untuk terus bersama – sama dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengemudi kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Dalam satu kenyataan media, presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, menyatakan keyakinannya akan posisi kerajaan semasa berada dalam keadaan selamat berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, Rabu lepas.