Hajiji: Kerajaan Negeri sumbang 30 bot kepada PDRM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah telah menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan 6 buah bot daripada jumlah keseluruhan sebanyak 30 buah bot bernilai RM360,000.00 Kerajaan Negeri Sabah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bagi memantapkan lagi operasi mereka.

“Ini adalah sebagai tambahan aset kepada PDRM dalam usaha membantu operasi keselamatan dan menyelamat terutamanya ketika menghadapi risiko banjir,” katanya

“Baki 24 buah bot lagi akan diserahkan kemudian dan bot-bot ini juga akan diagihkan ke sepuluh sepuluh buah daerah yang sering dilanda bencana banjir, iaitu Beaufort, Tenom, Sipitang, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Penampang serta Kota Belud.Dengan adanya aset dan keperluan ini, saya berharap kesiapsiagaan PDRM akan terus meningkat dalam operasi keselamatan dan menyelamat mereka,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *