Hajiji: Kerajaan luluskan pemberian geran dua kampung di Tawau

TAWAU: Kerajaan Negeri telah meluluskan untuk memberi geran tanah kepada dua perkampungan di kawasan Tanjung Batu iaitu Kampung Budaya Pasir Putih dan Kampung Tanjung Batu Laut, di sini pada Rabu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menyerahkan warta kampung itu kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Joseph Pang, sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Sabah Softwoods Berhad, di Pasir Putih di sini.

โ€œKerajaan negeri telah meluluskan untuk memberi geran tanah di dua perkampungan di kawasan Tanjung Batu.

โ€œJusteru, dengan pemberian geran tanah ini, rakyat yang tinggal di perkampungan itu tidak lagi berasa bimbang kerana ia telah dijadikan tanah rizab kampung,โ€ katanya.

Turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Sr Bernard Liew.

Selain menghadiri beberapa lagi rumah terbuka Aidilfitri termasuk rumah terbuka Keluarga Titingan dan Parti BERSATU Bahagian Kalabakan, Hajiji turut melawat ke Bangunan Persatuan Untuk Orang Pekak Tawau dan sempat meluangkan masa bertemu dengan anak-anak OKU yang belajar di situ serta tenaga kerja persatuan berkenaan.

Sempena majlis itu, ketua menteri turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM1 juta bagi pembinaan bangunan baharu persatuan manakala sebanyak RM50,000 lagi untuk kos operasi pusat berkenaan.

Pada malam ini, Ketua Menteri akan mengiriingi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ke Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Negeri Sabah 1443H/2022H di Dewan Masyarakat Tawau.-SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *