Hajiji: Kerajaan Komited Ke Arah Mempertingkatkan Agenda Pembangunan Negeri

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus komited ke arah mempertingkatkan agenda pembangunan negeri melalui program dan inisiatif yang telah dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) 2030.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, SEDIA akan melaksanakan 30 inisiatif di bawah Pelan Tindakan SDC 2030 sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi seimbang di seluruh koridor di negeri ini yang mampu memperkukuh strategi pembangunan pada masa hadapan.

โ€œInisiatif di bawah pelan itu, yang juga untuk menangani kesan pandemik, merangkumi lima teras strategik iaitu ekosistem perniagaan, ekonomi, modal insan, pembangunan sosial dan kemampanan alam sekitar.

โ€œPelan Tindakan SDC 2030 diselaraskan dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Kempen Keluarga Malaysia dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) serta Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah SEDIA di Menara Kinabalu, di sini pada Isnin.

โ€œPeralihan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ke Fasa Peralihan Endemik mulai bulan ini akan memberikan kesan signifikan kepada pelbagai sektor terutamanya industri pelancongan di Sabah melalui pembukaan semula sempadan negara. Sabah juga amat mengalu-alukan kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke negeri ini.

โ€œKerajaan negeri akan terus menyediakan langkah pemulihan negeri ini melalui beberapa pelan tindakan pembangunan sosio-ekonomi negeri. Kerajaan Negeri juga telah mengariskan sebanyak 584 inisiatif meliputi 304 inisiatif teras dan 280 inisiatif pemboleh daya yang mana akan memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi Sabah di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya,โ€ katanya.

Hajiji berkata di bawah RMK-12, sejumlah RM187.5 juta telah diperuntukkan kepada SEDIA untuk tujuh projek dan sehingga Februari 2022, SEDIA telah menerima sebanyak RM74.25 juta.

Antara projek mega di bawah RMK-12 ialah Cadangan SDC untuk Pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar, yang juga merupakan projek pertama di Sabah melaksanakan Program Kolaborasi Industri (ICP).

โ€œICP ialah program inisiatif kerajaan untuk aktiviti perolehan yang melibatkan bekalan, perkhidmatan dan kerja untuk memastikan pulangan daripada pelaburan yang dibuat kerajaan bagi projek mega dengan kos melebihi RM100 juta yang akan memberi manfaat dan impak kepada pembangunan industri tempatan.

โ€œSaya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa nilai kredit ICP bagi cadangan pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar setakat ini telah mencecah RM493 juta atau 54.8 peratus merangkumi sembilan projek,โ€ kata Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri.

Beliau berkata inisiatif pembangunan modal insan โ€“ SDC-Skills and Talent Enhancement Programme (SSTEP) juga telah dilancarkan pada 2021 untuk mengimbangi pandemik COVID-19 melalui pemadanan pekerjaan dengan penyediaan latihan kemahiran dan kemahiran semula (reskilling) kepada pencari kerja.

Sehingga 11 Mac tahun ini, sebanyak 87 program yang ditawarkan oleh majikan dan penyedia latihan yang berdaftar di bawah SSTEP berjaya menarik 633 peserta. Sebanyak 60 buah program telah pun disiapkan.

Menurut Hajiji lagi, sejumlah RM58.8 juta telah diagihkan kepada 41 negeri dan 11 kawasan parlimen di Sabah untuk menaik taraf infrastruktur awam dan pembasmian kemiskinan di kawasan SEDIA di bawah projek kecil, berimpak tinggi dan berjiwa rakyat.

โ€œSebagai salah satu Pihak Berkuasa Koridor Wilayah, SEDIA memainkan peranan penting dalam memudahkan kerjasama yang lebih kukuh antara negeri dan Persekutuan dalam menggalakkan pembangunan seimbang di Malaysia,โ€ ujarnya. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *