Hajiji jangka ramai pelancong China lawat Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menjangka lebih ramai pelancong dari negara China melawat Sabah apabila pintu sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, sektor pelancongan negeri ini banyak bergantung kepada pelancong asing terutamanya dari negara China.

โ€œPandemik COVID-19 menyebabkan sektor pelancongan teruk terjejas. Dengan pembukaan sempadan negara kepada pelawat antarabangsa dalam tempoh terdekat, kita berharap ramai pelancong dari China akan melawat Sabah.

โ€œIni akan dapat membantu pemulihan sektor pelancongan tempatan dan meningkatkan ekonomi negeriโ€, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Liang Caide di kediaman rasminya di Sri Gaya di sini semalam.

Hajiji berkata, Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia membantu mempromosikan Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di China.

Katanya, Sabah juga sangat mengalu-alukan pelaburan asing terutama dari negara China untuk bersama-sama membangunkan pelbagai sektor utama di negeri ini seperti industri, pembinaan, pelancongan, pertanian dan industri berteknologi tinggi yang baharu.

โ€œKerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus bekerjasama erat dengan Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu dan Kedutaan China untuk menarik lebih ramai pelabur China ke Sabah, yang akan membantu merancakkan pertumbuhan sektor ekonomi negeri ini.

โ€œHubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara Sabah dan China akan terus diperkukuhkan lagi, kerana ia memberi banyak manfaat kepada kedua-dua pihak,โ€ katanya.

Terdahulu Liang memberi taklimat kepada Hajiji mengenai perkembangan terkini negara republik rakyat China dan usahaย ย dilakukan oleh pejabatnya dalam membantu mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan, pelaburan dan perdagangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *