Hajiji: Hasil kerjasama & komitmen, Sabah berjaya kutip RM5 bilion

KOTA KINABALU: Hasil kerjasama dan komitmen dalam menangani COVID-19, kerajaan negeri telah mencatat sejarah menerusi kutipan hasil negeri yang telah menembusi angka RM5 bilion iaitu RM5,449 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 kata Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah dalam menyampaikan ucapan amanah dalam Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Perkekutuan dan Negeri Sabah di Sabah International Centre (SICC) yang melibatkan kehadiran hampir seribu kakitangan awam.

“Alhamdullilah, sebentar tadi telah berlangsung Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri di Sabah International Convention Centre (SICC) yang dihadiri secara bersemuka oleh seramai 900 penjawat awam di negeri ini.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam negeri dan persekutuan yang terlibat dalam pengurusan pandemik di negeri ini.

“Tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan ini.

“Bagi membolehkan rakyat mendengar, melihat dan merasai nilai dan makna di sebalik Hala Tuju Sabah Maju Jaya, setiap kementerian akan membentangkan status pelaksanaan dan pencapaian mereka pada setiap tahun melalui Laporan Status Pelaksanaan dan Pencapaian Tahunan bermula dengan tahun pertama pada 29 Mac 2022.

“Disamping itu, memperkasa transformasi perkhidmatan awam juga merupakan usaha untuk memastikan kita mempunyai pasukan terbaik sejajar dengan cabaran dan tuntutan zaman.

“Saya yakin bahawa kita mampu untuk menghadapi pelbagai cabaran antaranya menangani krisis kesihatan awam, pemulihan ekonomi dan pengurusan bencana menerusi semangat kerjasama demi membina masa depan tanah air yang lebih gemilang, aman dan makmur,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *