Hajiji beri respon positif terhadap pemasalahan kawasan ADUN Elopura

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun mendapat respon positif daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkenaan isu rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura pada Jumaat lepas bertempat di Menara Kinabalu.

“Isu yang dibangkitkan termasuk Terminal Bas Bersepadu Sandakan, Pasar Muhibbah dan Cukai Jualan Negeri, nelayan kecil tersepit ekoran keadaan ekonomi, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 13 projek pembinaan jalan pintas yang dibincangkan sebelum ini masih belum mendapat maklum balas,

“Beberapa hari lalu, saya telah mendapat laporan daripada Datuk Seri Hajiji mengenai beberapa isu dan rancangan sara hidup di kawasan Elopura dan sebelum ini juga saya telah menyuarakan isu dan rancangan ini kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beliau juga telah memberi maklum balas yang positif daripada pihaknya.

Calvin (kiri) bersama Justin (kanan) dalam satu pertemuan dengan Hajiji baru-baru ini.

Calvin berkata, sudah menjadi kewajipan bagi penggubal undang-undang negeri untuk bertemu dengan Ketua Menteri dan membincangkan isu yang disuarakan rakyat serta mencari jalan penyelesaian.

Pada masa yang sama Calvin juga menafikan bahawa beliau sudah lompat parti dan menegaskan bahawa perjumpaan bersama Ketua Menteri Sabah hanya untuk menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan.

“Di sini saya perlu jelaskan, pada hari itu saya berjumpa dengan Ketua Menteri bersama ADUN Sri Tanjong, Justin Wong untuk menjalankan tugas sebagai ADUN, bukannya untuk ‘lompat parti’ ke Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau Bersatu.

“Saya berjumpa Ketua Menteri kerana terlalu banyak isu sara hidup rakyat yang perlu dibangkitkan dan saya juga mengemukakan beberapa jalan penyelesaian dan rancangan pembangunan termasuk penubuhan pelabuhan perdagangan bebas untuk semuanya dan ia adalah untuk pembangunan Sandakan pada masa hadapan

“Bukan untuk ‘melompat parti’ seperti yang dikhabarkan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri,” kata Calvin lagi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *