GRS salurkan RM42.9 juta kepada sekolah & badan keagamaan bukan Islam

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah prihatin yang dipimpin oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyalurkan RM42.9 juta untuk bantuan sekolah dan badan keagamaan bukan islam di Sabah tahun ini yang diumumkan oleh Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah semasa merasmikan “Kota Kinabalu Christmas Celebration 2021” anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah (COSA) di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

“Apa yang uniknya di Sabah, kita akan merayakan sambutan perayaan Hari Krismas ini bersama-sama walaupun agama kita berbeza. Sebagai rakyat Sabah, kita sentiasa saling memahami satu sama lain.

“Sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kita akan meneruskan bantuan dan peruntukan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

Dalam majlis ini telah diadakan penyampaian mock cek bantuan kewangan berjumlah RM42.9 juta daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam Sabah. Mock cek ini telah diterima oleh Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Datuk Reverend Ir. Jerry Dusing.

“Kerajaan Negeri komited memastikan perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh di negeri ini akan terus berkekalan.

“Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, perlulah dihindari bagi membolehkan kita merealisasikan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan berkesan sekali gus memacu pembangunan dan kemajuan di negeri ini.

Majlis ini diwarnai dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian koir, persembahan drama, perhiasan Krismas, pertandingan nyanyian lagu Krismas dan juga persembahan artis-artis tempatan.

“Menjelang tibanya sambutan perayaan Hari Krismas tidak lama lagi, semoga semua perancangan dan persiapan sambutan anda semua dipermudahkan nanti. Apa pun saya berharap agar kita semua sentiasa berhati-hati setiap masa kerana peperangan COVID-19 masih belum berakhir,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *