Gesa JPS selesaikan masalah hakisan sungai dan runtuhan tebing kampung Samparita Pusat

KOTA MARUDU: Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Kota Marudu digesa untuk menyelesaikan masalah hakisan sungai dan runtuhan tebing sungai di kampung Samparita Pusat di Tandek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding dalam tinjauan ke sungai terbabit mendapati berlakunya kerosakan struktur bentuk sungai akibat hujan lebat dan banjir.

“Akibat dari kejadian hakisan sungai dan runtuhan tebing, pokok-pokok di sekitar sungai telah tumbang,” katanya.

Hendrus dalam lawatannya ke sungai kampung berkenaan diiringi oleh Jurutera Jabatan Perparitan dan Saliran Daerah Kota Marudu, Terence Erdy Wong, Pemaju Mukim, Janlin Maidar, Ketua Kampung, Stanis Moroon serta pegawai lain.

Dalam pada itu, Hendrus turut berkata hakisan sungai dan runtuhan tebing boleh membahayakan penduduk kampung serta sekolah yang berhampiran dengan sungai.

“Sungai ini perlu diluruskan, dan tembok penahan tanah runtuh (gabion) perlu dibina bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang membahayakan penduduk dan kebarangkalian berlakunya banjir juga adalah tinggi.

“Masalah ini perlu diselesaikan dengan segera dan diharapkan agar JPS Kota Marudu dapat bertindak dengan segera,” katanya.

Terdahulu, Hendrus bersama dengan pasukan kerjanya mengedarkan bantuan bakul makanan di tujuh buah kampung di sekitar Tandek.

Tamat

One thought on “Gesa JPS selesaikan masalah hakisan sungai dan runtuhan tebing kampung Samparita Pusat

  • 29/01/2021 at 9:32 PM
    Permalink

    Sya sbg pndduk kg.samparita sangat mengharapkan tindakan segera bg menangani masalah hakisan sungai drpda pihak berwajib..selain itu harap ada update terkini tentang status jalanraya dr pekan tandek ke kg samparita drpda pihak berkenaan..tq.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.