Gesa jawatankuasa pengurusan bencana segera diaktifkan – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menggesa agar semua jawatankuasa pengurusan bencana di negeri ini diaktifkan kerana dijangkakan pantai timur dan bahagian utara negeri ini akan berdepan dengan cuaca buruk seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Saya telah bercakap dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untung untuk memberi arahan kepada semua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah untuk segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana masing – masing dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan, terutamanya ribut kencang, bencana banjir dan tanah runtuh.

“Saya mahu pihak berkuasa tempatan untuk terus bertindak membersihkan semua laluan air dan longkang bagi memastikan tiada berlaku insiden air tersumbat sekiranya hujan berterusan,” kata Hajiji.

Beliau menggesa orang ramai supaya mengambil perhatian terhadap amaran cuaca MetMalaysia dan menjaga keselamatan pada setiap masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *