Gadis cari wali untuk nikah

KOTA KINABALU: Gadis yang berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah yang telah ditinggalkan oleh bapa kandung semenjak lahir lagi, kini mencari bapa kandungnya yang tidak tahu dimana keberadaannya.

Nurhaafizhah binti Rasmin 26, berkata, dia tidak pernah berjumpa bapa dan memohon agar orang ramai yang mengenali bapa beliau untuk membantu mencari bapa kandungnya.

“Maklumat yang saya hanya ada ialah nama bapa, Rasmin@rosmin bin Naridin yang dicatat di dalam surat beranak dan saya langsung tidak mempunyai sebarang gambar atau maklumat lain.

“Bila saya bertanya kepada ibu saya yang ditinggalkan 26 tahun lalu oleh bapa saya, beliau pun tidak mempunyai maklumat tentang bapa dan keluarga bapa saya berada dimana.

“Saya kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah sendiri dan ibu saya yang kini tinggal di Kuala Lumpur.

Nurhaafizhah yang merancang akan melangsungkan perkahwinan Oktober 2022 ini berharap dapat menemui bapa atau saudara bapa untuk jadikan wali dan sekaligus dapat menjalinkan silaturahim yang sudah lama putus.

“Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkenaan bapa kandung saya boleh menghubungi saya di nombor 01126231805.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *