ESSCOM tumpu keselamatan pelancong di ESSZONE

KOTA KINABALU :  Keselamatan pelancong yang tiba ke negeri ini khususnya di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) akan diberi tumpuan utama berikutan pembukaan sempadan negara bermula 1 April lalu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabahย (ESSCOM) Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya dan akan memberi tumpuan kepada keselamatan di ESSZONE.

โ€œSeperti kita sedia maklum pembukaan sempadan negara  bermula 1 April lalu akan memberi kesan kepada kemasukan pelancong ke kawasan ESSZONE khususnya kawasan pelancongan seperti pulau-pulau di Semporna dan daerah lain.

โ€œOleh itu, kita telah pun bersiap sedia dan akan terus memberikan fokus pada tempat-tempat tumpuan masyarakat dan pelancong bagi mengekalkan keselamatan di kawasan ESSZONE,โ€ katanya.

Hamzah ditemui media selepas membuat kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu disini hari ini.

Hamzah berkata, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada  Tun Juhar mengenai penugasan serta keadaan di ESSZONE adalah baik dan terkawal.

โ€œDalam tempoh setahun dua ini tidak terdapat kes-kes yang menarik perhatian, ini memberi petunjuk tugas kita berkesan dan dapat mengawal keadaan di ESSZONE dengan baik,โ€ katanya.

Hadir sama Timbalan Komander Esscom, Brigader Jeneral Adnan Abu Hassan dan Pengarah Bahagian Operasi Laut, Laksamana Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Terdahulu, Tun Juharย  menerima kunjungan hormat Panglima Wilayah Laut 2 Sandakan, Datuk Roslam Mohd Yunus bersama rombongan. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *