Dua syarikat berminat melabur di Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor hari ini menerima kunjungan kumpulan pelabur yang berminat melabur dalam pelbagai sektor ekonomi di Sabah.

Kunjungan pertama melibatkan kumpulan CRCC International Investment Group Limited dari China yang diketuai oleh Pengarah Hartanah Frank Y.F.Feng.

CRCC berminat melabur di Tanjung Aru Eco Development (TAED) dan sektor ekonomi yang lain di Sabah.

Hajiji turut menerima kunjungan daripada T7 Global yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Tan Kean Soon. 

Syarikat senarai awam itu berminat melabur dalam bidang minyak dan gas di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Awal Mac lepas, Hajiji yang juga Menteri Kewangan mahu SOGIP dibangunkan sehingga mencapai potensi penuhnya sebagai hab aktiviti hiliran petroleum dan gas petrokimia utama di Asia Tenggara.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TAED Sdn.Bhd Datuk Ismail Abdullah; Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (MPES) Tan Sri T. C. Goh; Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn.Bhd (SOGDC) Abdul Kadir Damsal dan Ahli Lembaga SOGIP Dr. Roland Chia. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published.