Bomba tangkap buaya di Kampung Lubong

TAMBUNAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menangkap seekor buaya di Kampung Lubong di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) David Wong berkata panggilan khidmat kemanusiaan itu diterima jam 4.39 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan ke lokasi kejadian.

โ€œSemasa tiba di Kampung Lubong, pasukan bomba bertindak menangkap buaya tersebut dengan menggunakan keadah khas iaitu jaket api bagi menutup mata buaya.

โ€œPasukan bomba kemudiannya mengikat buaya tersebut dengan menggunakan plastik tap,โ€ katanya.

Menurutnya pasukannya kemudian membawa balik buaya terbabit ke balai sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) cawangan Keningau untuk tindakan selanjutnya. – Utusan Borneo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *