Bekas TYT Sabah, Tun Sakaran Dandai Meninggal Dunia Setelah Dijangkiti Covid-19

KOTA KINABALU : Belangsungkawa buat bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai yang baharu sahaja disahkan meninggal dunia hari ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tempoh hari akibat dijangkiti Covid-19.
Allahyarham telah menerima rawatan di ICU Hospital Gleangles kerana keadaannya memerlukan pantauan yang rapi walaupun pada asalnya keadaannya agak stabil.
Hari ini, dimaklumkan bahawa jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Masjid Negeri dan kemudian akan dikebumikan di Makam Pahlawan.