‘Bekas TYT Sabah dirawat di ICU kerana Covid-19’ -Sinar Harian

KOTA KINABALU – Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleneagles akibat dijangkiti Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Datuk Seri Nasir Sakaran melalui satu rakaman video berdurasi dua minit 34 saat bagi menjelaskan keadaan kesihatan Tun Sakaran.

Nasir berkata, ayahnya telah dimasukkan ke hospital itu pada Rabu lalu selepas disyaki dijangkiti Covid-19.

“Keadaan ayahanda Tun adalah stabil ketika dimasukkan dan baru semalam (Selasa) beliau dimasukkan ke ICU. Setakat ini, kami berhubung dengan ayahanda Tun seperti biasa melalui panggilan video.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157622/KHAS/Covid-19/Bekas-TYT-Sabah-dirawat-di-ICU-kerana-Covid-19
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *