Bantuan Sabah Prihatin 3.0 : Jelas kerajaan utamakan rakyat – Shahril

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor telah membuktikan kerajaan hari ini amat prihatin terhadap rakyat di negeri Sabah dengan memberi pelbagai jenis bantuan jelas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin (gambar).

“Saya percaya bantuan berkenaan akan meringankan beban golongan sasar yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP 3.0 akibat peningkatan jangkitan COVID-19 di seluruh negara dan tidak terkecuali Sabah.


“Saya juga yakin rakyat khususnya di negeri ini terutama di peringkat akar umbi amat berterima kasih dengan pemberian bantuan daripada kerajaan negeri.

“Sudah pasti juga kerajaan negeri tidak akan berhenti meneruskan bantuan seumpamanya kepada golongan sasar kerana pimpinan yang ada mempunyai pelbagai perancangan sesuai untuk membantu rakyat di negeri ini, ” katanya kepada Utusan Borneo dalam satu temuramah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *