Bantuan Musim Tengkujuh RM600 diterima 61,762 orang pekebun kecil getah di Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 61,762 orang pekebun kecil getah di Sabah telah mendapat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM600 setiap seorang.

Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah,
Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pihaknya amat prihatin terhadap kebajikan pekebun kecil getah yang sering berdepan dengan keadaan cuaca hujan terutamanya pada akhir tahun serta menjejaskan sumber pendapatan mereka.

“Tambahan lagi, harga komoditi getah global sehingga kini masih lagi berada pada paras yang rendah.

“Justeru itu, kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian BMT berjumlah RM 37,057,500.

“Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebagai agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab mengagih-agihkan bantuan ini telah pun mula membuat pembayaran secara pemindahan dana elektronik (EFT) pada 23 Disember lepas,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Jeffrey turut berkata semakan bantuan BMT boleh dibuat di portal Lembaga Industri Getah Sabah melalui pautan e-BMT2020 di www.ligs.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *