Bantuan Ihsan banjir diberikan kepada 66 KIR di Lumadan
BEAUFORT : Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor sentiasa komited dalam memberikan bantuan kepada rakyat terutamanya bagi mereka yeng terjejas akibat bencana.
Sebanyak RM500 bantuan ihsan inisiatif kerajaan negeri diberikan kepada mangsa yang terjejas banjir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ruslan Muharam, menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas bantuan yang diberikan kepada penduduk Lumadan.
Seramai 66 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan ihsan banjir tersebut di bilik mesyuarat ADUN Lumadan semalam.
KIR yang terbabit termasuklah daripada Bangkalak, Berumbai, Mintulud, Luahan Sanginan, Kg. Lumantai, Kg. Suasa, Kg. Bukai, Batu 6 ½, dan Jaya Baru Lumadan.
Menurut Ruslan, dalam satu kenyataan, semua penduduk kampung akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menjamin keselamatan mereka berikutan banjir yang berlaku.