Banjir Sabah: Keselamatan Rakyat adalah keutamaan – Hajiji

KOTA KINABALU: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah mengarahkan semua pasukan penyelamat ke kawasan terjejas dan pengagihan bakul makanan kepada mangsa-mangsa yang terlibat diserahkan secepat mungkin.

“Pasukan-pasukan penyelamat telah dikerahkan bukan sahaja ke kawasan yang terjejas tetapi juga untuk bersiap siaga di semua lokasi yang berisiko tinggi.

“Agensi-agensi kerajaan yang terlibat juga dalam proses untuk mengagihkan bantuan bakul makanan kepada mangsa-mangsa yang terjejas secepat mungkin.

“Buat masa ini, keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan.

“Justeru, saya menyeru semua untuk terus berhati-hati setiap masa. Pihak Kerajaan Negeri akan pastikan semua agensi yang terlibat akan bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir.

“Setakat 2 Januari 2022, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah telah mengaktifkan 14 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPPS) di 5 buah daerah iaitu Telupid (3 PPS), Kota Marudu (7 PPS), Paitan (2 PPS), Beluran (1 PPS) dan Sandakan (1 PPS) bagi menempatkan mereka yang terjejas dengan bencana banjir.

“Setakat jam 12.00 tengah hari tadi, 14 buah PPS ini telah menempatkan sebanyak 399 ketua isi rumah dengan bilangan 1,161 mangsa. Pasukan-pasukan penyelamat telah dikerahkan bukan sahaja ke kawasan yang terjejas tetapi juga untuk bersiap siaga di semua lokasi yang berisiko tinggi.

“Buat masa ini, keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan. Justeru, saya menyeru semua untuk terus berhati-hati setiap masa.

“Pihak Kerajaan Negeri akan pastikan semua agensi yang terlibat akan bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir,” kata Hajiji dalam status laman rasmi Ketua Menteri semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *