ARMADA Sabah terima kunjungan hormat Pemuda Negara

KOTA KINABALU: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Sabah, Fairuz Renddan menerima kunjungan hormat dari persatuan badan bukan kerajaan (NGO), Pemuda Negara, hari ini bertempat di Pejabat Kementerian Kewangan, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Antara yang menyertai rombongan dari Pemuda Negara adalah, Ketua Pemuda Negara Negeri Sabah, Asis Bakri, Ketua Pemuda Negara Parlimen Papar, Fahmi Ezanie Syah dan Ketua Pemuda Negara Parlimen Kota Kinabalu, Zahid Rahim.

Dari pihak ARMADA Sabah, turut hadir adalah Setiausaha ARMADA Negeri, Khazarudin Kahar dan Ketua Penerangan ARMADA, Fariz Fadila Ag Kamarudin.

Pemuda Negara dengan tuntas menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Pemuda Negara adalah pertubihan yang berperanan sebagai wadah kepada generasi muda Malaysia yang mengangkat suara rakyat pelbagai kaum berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan dan kemakmuran bersama.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *