ARMADA Sabah memberi sumbangan buat mangsa kebakaran Kg.Kurnia Jaya, Batu 4 ,Tawau

TAWAU: Pada 17hb Mac 2022, kebakaran lebih 700 buah rumah musnah dalam sebuah kebakaran di Kampung Kurnia Jaya Batu 4, Jalan Apas, Tawau.

Ketua Armada Semporna Saudara Noorudin Abd Hussin merangkap Ketua Armada Zon-6 datang melawat ke lokasi kejadian bersama Ketua Armada Lahad Datu Saudara Razee Abdulham ,Ketua Armada Kalabakan Saudara Fandi Zainal dan Naib Ketua Armada Tawau Saudara Alfi Alkausar ,

Dalam lawatan ini Armada Bahagian Zon-6 menghulur sumbangan barangan keperluan dan air mineral.Semoga ada nya bantuan ini dapat membantu meringankan beban kepada semua penduduk yang terkesan.

Selain itu, semoga para penduduk dapat bertabah dengan ujian yang berat ini. Semoga juga disebalik ujian ini Allah SWT gantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.