ARMADA Bantu Mangsa Banjir di Tenom

TENOM: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Nasional dan Negeri Sabah yang diketuai oleh saudara Rafie Robert selaku Naib Ketua ARMADA Negeri Sabah dan saudara Johainizamshah Johari selaku Exco dan Biro Kepimpinan Pusat serta saudara Affan Jumat Naib Ketua ARMADA Kudat merangkap Biro Ekonomi Negeri Sabah hadir ke Tenom bagi mewakili Ketua ARMADA Negeri Sabah YB Fairuz Bin Renddan untuk menyampaikan sumbangan mangsa banjir di daerah Tenom.

Antara sumbangan yang disalurkan ialah 500 kotak botol air mineral, 500 lampin kanak- kanak/orang tua dan susu pelbagai jenis 500 bungkus, bekalan makananan seperti biskut, hand sanitizer, dan 7 bungkus pakaian bundle.

Dalam muat turun dalam laman rasmi ARMADA Sabah turut berharap bantuan yang mereka beri ini dapat meringankan beban rakyat yang menghadapi ujian banjir di daerah Tenom.

Sumbangan ini diterima oleh Datuk Rubin bin Balang ADUN N.43 Kemabong dan Ketua ARMADA BERSATU bahagian Tenom saudara Riduan Rubin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *