Arifin: iTekad bantu golongan B40 dan asnad

KOTA KINABALU: Inisiatif iTekad yang mencerminkan nilai-nilai CIMB Islamic yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah dalam menyumbang secara positif dan membentuk impak mampan terhadap ekonomi dan komuniti tempatan, termasuk golongan B40 dan asnaf, serta kehidupan mereka yang terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19 jelas Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

“Inisiatif akan datang kami iaitu Program Keusahawanan Penghantar Makanan akan meletakkan asas

“Untuk membentuk penjanaan pendapatan yang berterusan bagi komuniti kurang bernasib baik menerusi peningkatan kemahiran, penyediaan latihan berstruktur dan peluang kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, CIMB Islamic bakal menyaksikan kumpulan pertama graduan Program Keusahawanan Penghantar Makanannya pada September ini, dengan pilihan meneruskan minat mereka dalam khidmat penghantaran makanan disokong oleh penyediaan geran motosikal.

“Selepas menamatkan program berkenaan, peserta juga boleh meningkatkan kemahiran mereka dalam usaha untuk memiliki perniagaan tersendiri.

“Program Keusahawanan Penghantar Makanan CIMB Islamic akan dikendalikan melalui dana awalan bernilai RM300,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *