AMANITA IPD Penampang anjur “Info On Wheels” mengenai SOP PKP 3.0

Penampang: Aman Wanita atau Peace lady (AMANITA) merupakan eleman yang terletak di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang berfungsi untuk menjalinkan hubungan dengan masyarakat terutamanya suri rumah.

AMANITA IPD Penampang telah mengambil inisiatif dengan membuat program “Info On Wheels” membuat hebahan secara bergerak menggunakan sistem pembesar suara yang terdapat di dalam Unit Kereta Peronda (MPV) mengenai SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Program Imunisasi Kebangsaan – Vaksin Covid-19.

Hebahan ini telah dilakukan di kawasan tumpuan orang awam seperti pasar awam dan pasara raya.

AMANITA IPD Penampang juga mengambil pendekatan untuk bertemu secara bersemuka atau “Meet and Greet” bersama suri rumah di kawasan kediaman dengan mengambil kira SOP Covid-19.

Program ini antara lainnya untuk mendidik masyarakat dan sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan bagi mengelak penularan Covid-19 berikutan peningkatan kes semasa yang dilaporkan.

Program yang diketuai oleh Ketua AMANITA IPD Penampang, Inspektor Arisanti Aziz bersama ahli AMANITA yang lain telah mensasarkan beberapa lokasi untuk tujuan program iaitu Pusat Komersil Plaza 333 Donggongon dan Pasar Borong Penampang.

Sumber Berita: POLIS Daerah Penampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *