Aktiviti Selam Skuba, Renang Dibenarkan Serta Merta di Sabah

KOTA KINABALU : Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan keputusan kerajaan negeri Sabah untuk membenarkan aktiviti sukan rekreasi air seperti selam skuba, snorkelling dan renang di Sabah dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang baharu.

Masidi menyatakan bahawa SOP yang ditetapkan termasuklah hanya membenarkan individu yang telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 dan pematuhan penjarakan sosial melebihi dua meter, bagi menyertai aktiviti tersebut.

Sabah yang kini berada berada di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut menggariskan SOP yang baharu seperti pergerakan keluar rumah hanya dibenarkan kepada golongan yang telah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19 manakala bagi pergerakan dalam sesebuah kenderaan, hanya isi rumah yang sama dibenarkan serta mengikut kapasiti kenderaan yang digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *